Rumah Panjai

Wanita Nyaris Diculik 4 Lelaki Bertopeng Ketika Jogging

Polis Tahan Warga Asing Didakwa Lakukan Perbuatan Lucah Terhadap Datuk Seri Aliff Syukri

Polis Tahan Warga Asing Didakwa Lakukan Perbuatan Lucah Terhadap Datuk Seri Aliff Syukri

SIARAN: MEDIA

IBU PEJABAT POLIS DAERAH MIRI JALAN MIRI PUJUT 98000 MIRI SARAWAK
TELEFON: 085-432081 / FAKS: 085-433320/437720

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH MIRI

KEJADIAN DENGAN SENGAJA MENDATANGKAN CEDERA DI TEPI JALAN
BAKAM, MIRI, SARAWAK

Ketua Polis Daerah Miri mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada
28.07.2024 daripada mangsa seorang wanita tempatan telah di cederakan oleh (4) (L)
bertopeng ketika berjogging di tepi tepi Jalan Bakam (Miri-Bintulu Coastal Highway)
berdekatan Maira Camping Site, Miri, Sarawak.

Seramai (4) orang saspek menaiki kenderaan jenis Perodua Alza warna ungu gelap
datang dari arah Kampung Bakam menuju ke Bekenu telah berhenti dan menghampiri
pengadu. (2) orang saspek keluar dari kenderaan tersebut menarik tangan pengadu
sehingga menyebabkan pengadu terjatuh dan mengalami kecederaan di siku tangan
kiri dan kanan serta dibahagian lutut kaki kiri.

Menurut mangsa, saspek tidak membawa sebarang senjata dan mangsa tidak dapat
mengecam identiti saspek dan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan
saspek. Motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak ada barang-barang yang
diambil daripada mangsa.

Pihak Polis menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan
memviralkan isu-isu yang tidak sahih di media sosial yang mana ianya boleh
menimbulkan kerisauan dan kegusaran di kalangan masyarakat tempatan. Selain itu
juga, masyarakat diminta untuk sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan ini, silalah tampil
ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk
menyalurkan maklumat berkaitan. Pihak PDRM amat menghargai keprihatinan
masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri.

( ALEXSON NAGA ANAK CHABU ) ACP
Ketua Polis Daerah Miri
-Tamat-
(Dikeluarkan pada 2 Ogos 2024, jam1700 hrs.)

Exit mobile version