Rumah Panjai

Wanita Terhantuk Ketika Berdiri di Pintu Tren

Wanita Terhantuk Ketika Berdiri di Pintu Tren

Wanita Terhantuk Ketika Berdiri di Pintu Tren

Wanita Selamat  Kereta Api di Thailand Selepas Kepalanya Terhantuk Tiang

BANGKOK,  Seorang wanita di selatan Thailand baru-baru ini terselamat tanpa mengalami kecederaan serius selepas kepalanya terhantuk pada tiang ketika cuba mengeluarkan badan di luar gerabak kereta api yang sedang bergerak.

Menurut laporan The Straits Times, insiden itu dirakam dalam video yang tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan wanita berkenaan berada di pintu gerabak, berpegang pada besi pemegang, sambil mengeluarkan badannya ke luar gerabak dengan menghadap ke dalam kereta api.

Tidak lama kemudian, kepalanya terhantuk pada tiang di sepanjang landasan, menyebabkan dia hilang imbangan tetapi masih berpegang pada besi pemegang.

Menurut State Railway of Thailand (SRT) dalam satu hantaran di Facebook pada 13 Ogos, kejadian itu berlaku pada pukul 3.15 petang, 5 Ogos 2024, ketika kereta api baru meninggalkan stesen Ban Ton Don di Phatthalung dan dalam perjalanan menuju Nakhon Si Thammarat. Wilayah Phatthalung terletak kira-kira 850 kilometer dari Bangkok.

SRT memaklumkan bahawa kereta api tersebut bergerak pada kelajuan rendah kerana baru sahaja berlepas dari stesen sebelumnya. Wanita itu mengalami bengkak di kepala akibat insiden tersebut dan telah dibawa ke Hospital Phatthalung untuk rawatan lanjut.

Hasil ujian X-ray menunjukkan bahawa wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan dia dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Pihak berkuasa kini menyiasat insiden ini untuk memastikan keselamatan penumpang di masa depan.

Exit mobile version