Tahniah PDRM! Peragvt Kedua Berjaya Ditangkap Dalam Tempoh 10 Jam

Borneo KEMALANGAN

KUCHING: Suspek kedua yang terlibat dalam kes ragvt seorang wanita di Taman Dewa Wira Batu Kawa yang melarikan diri berjaya dit4ngkap di Jalan Lapangan Terbang Lama, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, svspek kedua itu ditangkap sekitar jam 5 petang tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Padawan. “Suspek kedua yang dit4ngkap mengaku sebagai penunggang motosikal yang telah berjaya melarikan diri ketika rakannya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Lim, dengan tert4ngkapnya suspek kedua itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menyelesaikan kes s4mun dan ragvt yang dilaporkan pada pagi tadi dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kedua-dua suspek yang dit4ngkap merupakan warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Jelasnya, kedua-dua suspek akan direman pada esok di Mahkamah Kuching bagi siasatan lanjut.

“Svspek kedua yang dit4ngkap itu mempunyai rekod lampau berkaitan d4dah.

“Pihak polis akan menyiasat lanjut penglibatan kedua-dua suspek dengan lain-lain kes yang mempunyai modus operandi yang sama,” tegasnya.

Terdahulu, Lim memberitahu seorang mangsa wanita tempatan berusia dalam lingkungan lewat 50-an mengalami kecederaan ringan semasa dir4gut di Taman Desa Wira, Batu Kawa.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 7.54 pagi semasa mangsa sedang berjalan kaki di tepi jalan telah didatangi sebuah motosikal berwarna merah dari arah belakang yang dinaiki oleh dua suspek lelaki yang telah bertindak mer4gut beg sandang milik mangsa.

Tambahnya lagi, mangsa berusaha untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh suspek dan dalam masa sama sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam telah bertindak menghentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek tersebut.

Tindakan orang awam itu katanya berjaya menahan salah seorang daripada suspek bersama dengan sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, katanya, mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan berlaku namun tiada kecederaan serius dialami.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan cedera semasa melakukan samvn ragvt dan jika sabit kesalahan boleh dihukvm penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan,” tegasnya.