(video) Hero Alza Berjaya Gagalkan Cubaan 2 Lelaki Meragvt

Borneo Viral

UCHING: Tindakan pantas orang awam telah menggagalkan cubaan dua lelaki meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa, di sini. Seorang daripada suspek turut berjaya ditahan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.54 pagi ketika mangsa yang berusia lewat 50-an berjalan kaki seorang diri sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang cuba meragut beg sandangnya. SMART TV MURAH BELI DISINI

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong, berkata ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh suspek, sebuah kenderaan dipandu oleh orang awam tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan motosikal yang dinaiki oleh dua peragut itu. TILAM MURAH BELI DISINI

“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jaw Shyong berkata, suspek berusia lingkungan 20-an yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan. Suspek yang ditahan akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan. “Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. ??