Cara Buka Akaun ASNB Melalui myASNB Secara Online. Lakukan Di Rumah Saja!

Toturial

Cara Buka Akaun ASNB Melalui myASNB Secara Online. Lakukan Di Rumah Saja!.

Terkini pihak ASNB telah melancarkan perkhidmatan untuk membuka akaun ASB secara online untuk mana-mana individu termasuk ibu ayah yang nak buka akaun ASNB untuk anak-anak atau diri sendiri, anda dah tak perlu nak beratur atau keluar dari rumah untuk ke kaunter cawangan ASNB lagi untuk membuka akaun ASNB.

ASB ni sesuai juga untuk anda simpan dan tunggu dividen pada hujung tahun tanpa risiko akan kerugian.

Anda juga boleh mengemaskini maklumat terkini anda menggunakan aplikasi myASNB, membuat penambahan unit serta mengeluarkan duit namun terhad kepada RM500 sahaja.

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB. Panduan untuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:

LANGKAH 1

Anda perlu memuat turun aplikasi myASNB.

LANGKAH 2

Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.

LANGKAH 3

Anda dikehendaki untuk membuat proses verifikasi identiti menggunakan kad pengenalan.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.

LANGKAH 4

Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

SELESAI

OK siap! Anda sudah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Selamat mencuba.

keterangan lanjut boleh Rujuk video tutorial di bawah ini.

Anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

Individu 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
Individu Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my

Leave a Reply