Papar Sisi Gelap PDRM, Sheriff Narko: Integriti, Nitizen Suka Sehingga Meraih lebih RM25 Juta

Bintang

Sheriff Narko: Integriti
Score: 10/10
INTEGRITI
Apakah makna integriti sebagai penjawat awam / pekerja GLC / pekerja swasta? Say NO to rasuah. Not just rasuah tapi kaki kipas dan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dalam menjaga maklumat berkaitan operasi. Contoh operasi serbuan PDRM ke atas markas dadah. Jika ada tikus yang membocorkan maklumat, memang si penjenayah dapat lari. Cerita Sheriff sangat sangat dan sangat “reveal” akibat dan kesan menerima rasuah dan membocorkan maklumat. ROTOR DISC KUALITI TINGGI BELI DISINI

Masa Sheriff soal siasat semua anggota Narkotik, Farouk ada sebut ayat “bayar pinjaman salah, tak bayar pinjaman salah, saya dah habis bayar semua hutang saya”. As a government officer semuda itu macam mana dia boleh buat full debt settlement? Siapa sangka sebenarnya Farouk salah seorang penerima rasuah dan pembocor maklumat. Sebab tu Tony Ifrit (Aaron Aziz) asyik dapat terlepas je. Dalam kata lain cerita ini bukan hanya memaparkan sisi gelap PDRM tapi sisi gelap mana-mana kakitangan syarikat yang rela membelot syarikat sebegini rupa. BRAKE PAD BRAND BENDIX BERKUALITI TINGGI BELI DISINI

Setiap karakter dalam cerita ini kebanyakannya mempunyai nyawa yang singkat. Getar dengar Tony cakap Kejahatan Akan Selalu Menang dan apabila Wani diperkosa Wani sebut Allahu Akbar, Tony simply said “Tuhan Tiada Di Sini”. Ya itulah realiti. Mereka yang melakukan kejahatan tidak nampak tuhan di mana-mana sedangkan Dia dah kata aku lebih dekat dari urat lehermu. That’s why “Meth Killer” ni bengang. Well motif utama sebab gf dia kena bunuh dengan cara amat kejam kedua dia rasa undang-undang PDRM tak cukup tegas bagi menegakkan keadilan buat arwah gf dia.

Kesan dari rasuah serta pembocoran maklumat, ramai pihak terbunuh. Yang membunuh tu adalah dalam kalangan PDRM jugak dan melibatkan anggota pihak atasan iaitu seorang ASP. The real hero is NOT ZUL ARIFIN even he acted as the main character. There’s a HEROIN who did her job well.

Akhir kalam, saya telah spoil sikit sebanyak bagi yang belum tengok tetapi saya yakin banyak mesej yang nak disampaikan oleh Syafiq Yusof. Tahniah saya ucapkan kepada the whole production atas penghasilan filem yang amat hebat. Lebih dari itu korang kena watch the film.

“RASUAH TELAH MENYEBABKAN JENAYAH DADAH TERUTAMANYA BERLELUASA, KESELAMATAN NEGARA TERGADAI SEHINGGA MENJADI PEMUSNAH BANGSA DAN EKONOMI”
-Jane Amin-
22/04/2024