Per0mpak Lempar ‘SAMBAL TUMIS’ Untuk C3derakan M4ngsa S4mun

ISU SEMASA

JASIN, 27 April 2024 – Seorang warga emas mengalami kec3deraan selepas dis3rang dan dil3mparkan dengan sambal tumis dalam satu kejadian s4mun di Kampung Ayer Tawar, Merlimau, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, mangsa yang berusia 61 tahun ditemui terbaring sendirian di katil berdekatan pintu belakang rumahnya sekitar jam 9:30 pagi. ROTOR DISC BRAKE MURAH BELI DISINI

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang memakai topi keledar dan pelitup muka tiba-tiba muncul. Lelaki tersebut didakwa membaling cecair lada, yang disyaki sebagai sambal tumis, ke arah muka mangsa.

“Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan men4mpar mangsa dan mengh3ntakkannya menggunakan kerusi plastik berulang kali. Mangsa cuba menahan serangan tersebut, tetapi tidak berdaya sehingga mengalami kecederaan di kepala dan menjerit meminta pertolongan, namun tiada sesiapa yang datang membantu,” jelas Ahmad Jamil dalam kenyataan hari ini. BRAKE PAD TAHAN LAMA KURANG BUNYI BELI DISINI

Suspek kemudiannya merampas beg sandang mangsa yang mengandungi dompet berisi wang sebanyak RM400, empat kad juruwang automatik (ATM), kad pengenalan, serta lesen memandu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian ini. Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital setempat.

Sekiranya ada maklumat berkaitan kejadian ini, orang awam diminta untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa. Semua pihak juga digesa agar lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan harta benda.