Lelaki Cedera Parah Selepas Dipijak Gajah

Viral

Gerik, Perak – Seorang lelaki berusia 55 tahun mengalami kecederaan parah selepas dipijak oleh seekor gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi. Mangsa, yang berasal dari Bersia, Ipoh, dilaporkan patah kaki dan tulang rusuk akibat insiden tersebut. BELI DASHCAM KERETA KUALITI 4K, ADA DISKAUN DISINI.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, kejadian itu berlaku sekitar jam 7 malam ketika mangsa berhenti untuk membuang air di lokasi tersebut. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik dan seterusnya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Yusoff menasihati orang ramai agar mengelakkan berhenti di tepi laluan JRTB terutama pada waktu malam kerana kawasan tersebut gelap dan dikelilingi hutan. Beliau juga mengingatkan bahawa papan tanda telah dipasang untuk memberitahu bahawa kawasan berkenaan adalah kawasan berkeliaran dan lintasan gajah. BELI THUMBLER AIR PANAS DAN SEJUK MURAH DISINI.

Keselamatan orang ramai adalah keutamaan, dan PERHILITAN mengambil insiden ini dengan serius. Mereka berharap insiden sedemikian dapat dielakkan pada masa hadapan dengan meningkatkan kesedaran dan kepatuhan terhadap amaran keselamatan.

Bernama